Comel & Tampan (bab 5)

UNTUK beberapa hari yang lalu,iaitu sudah seminggu setengah,Aireen telah bekerja di syarikat Imperial dan juga bermaksud yang dia sudah menumpang Aiman Adam setiap pergi dan balik daripada Imperial hampir setiap hari.

Dan sekarang...

"Kenapa ramai orang dekat bawah ini?"

Aireen dibangunkan dengan bunyi yang bising. Ramai orang di bawah konduminium memegang sepanduk. Namun,Aireen tidak dapat melihat kerana dia belum lagi memakai contact lens,jadi segalanya kabur.

Setelah Aireen bersiap-siap,Aireen menjengah keluar daripada balkoninya. Penunjuk perasaan itu masih di sini. Nasib baik tempat itu dikawal oleh pengawal. Kali ini dia baru boleh melihat dengan jelas apa yang terpapar pada sepanduk yang dipegang oleh gadis-gadis itu.

Aireen dengan segera menutup pintu dan langsir balkoninya. Dia cuba menenangkan diri dan mengawal pernafasannya. Aireen lekas mengambil hoodie,penutup mulut dan cermin mata hitam lalu keluar daripada bangunan.

ADAM MILIK SEMUA ... PEREMPUAN MURAHAN ... AIMAN ADAM SUAMI KAMI ... JUSTICE 4 AIMAN ADAM ... AIMAN ADAM FOREVER,itulah yang tertera pada sepanduk di situ.

Aireen berhati-hati mengambil langkah. Ketika dia hampir lepas daripada sekumpulan penunjuk perasaan itu,dia ditegur oleh salah seorang daripada mereka. Alamak,am I exposed?! Perlahan-lahan Aireen memandang gadis itu. Tiba-tiba gadis itu menghulurkan sepanduk kepada Aireen.

Aireen memegang sepanduk itu dan, "Dasar perempuan murahan! Turun cepat biar aku tengok muka kau!" Haih,kenapa aku buat benda ni? Aku cuma nak pergi kerja je.

Gadis itu mengangguk dan berlalu pergi. Aireen mengambil kesempatan dan segera ke tempat kerja menaiki LRT. Setelah selamat sampai ke dalam pejebatnya,Aireen duduk dan menarik nafas dalam-dalam. Eksekutif yang lain melihat Aireen.

"Kenapa?" Aireen buntu.

"Tengok ni,"

                                                         =~=~=~=~=~=~=~=~=~=~

"Apa ni?!" Aiman Adam menjerit dengan kuat. "Tadi aku tak ambil Aireen. Entah-entah dia kena serang,"

"Woi! Ini department aku. Tolong jangan jerit kuat-kuat," Khaazs mengarahkan Aiman Adam supaya duduk dan bertenang.

Aiman Adam berfikir dan terus duduk dengan tiba-tiba. Aiman Adam menyambung jari-jemarinya dan memandang ke arah Khaazs. Dia berdiri semula dengan tiba-tiba dan menyarung blazernya dengan dramatik sekali.

"Leave it to me. Aku ada rancangan yang bagus yang takde seorang pun pernah terfikir--" Aiman Adam memulakan bicara dramatiknya.

"Datang dekat dia dan berikan dia 'the sacred glare'?" Khaazs sudah kenal perangai Aiman Adam.

Aiman Adam terdiam dan memandang Khaazs. "Is it that obvious?"

                                                           =~=~=~=~=~=~=~=~=~=~

Aireen menangis teresak-esak di dalam tandas. Apa salah aku? Aireen membasuh mukanya dan keluar daripada tandas. Aireen bertembung dengan Aiman Adam dalam perjalanan ke mejanya. Aireen bertambah sedih.

Aireen mengesat-ngesat matanya. Tiba-tiba,CAK! Contact lens Aireen terkeluar daripada mata kirinya kerana dia terlalu banyak menangis. Aireen bertambah sedih dan malu. "UWAAAAA!!!"

Aiman Adam membawa Aireen ke pejabatnya. Setelah Aireen berhenti menangis,Aiman Adam bertanya.

"Awak nak saya hantar tak nanti?" suara Aiman Adam sangat lembut seperti lagu tidur buat Aireen. 

Aireen menggeleng. "Tak mengapa. Saya tak nak timbulkan kontroversi lagi. Terima kasih,"

"Baiklah,saya faham,"

                                                            =~=~=~=~=~=~=~=~=~=~

Sebuah kereta mendekati Aireen ketika Aireen dalam perjalanan ke stesen LRT. Kereta itu berhenti dan pemandunya membuka tingkap. Aireen terpaku melihat artis terkenal Malaysia,Rara Alana disebalik tingkap itu.

"Cepat naik! Ada orang sedang ekori awak," kata Rara dengan tergesa-gesa.

Tanpa berfikir apa-apa,Aireen terus masuk ke dalam kenderaan itu. Biar betul?! Aireen baru berjumpa dengan artis terkenal Malaysia yang cantik dan berbakat. Aireen tidak berhenti meneliti wajah Rara yang dikagumi oleh orang lain. Flawless!

"Saya kawan Adam. Adam suruh saya ambil awak tadi. Jadi,jangan risau ya," suara Rara yang seksi itu membuatkan Aireen terdiam dan dia hanya mengangguk berkali-kali.

                                                             =~=~=~=~=~=~=~=~=~

Aireen segera mandi dan memakai baju tidurnya. Terlalu banyak perkara yang berlalu hari ini. Aireen ke balkoni dan menghirup kopi penuh krim. Aireen menghirup udara segar malam itu. Baunya seperti bau selepas hujan.

"Eh,Aireen?" jiran sebelahnya menyapanya.

Aireen memandang ke arah suara itu datang. Hhd)#s@($!!! Crushnya semasa di universiti dahulu merupakan jirannya selama ini?! Aireen tidak sangka bahawa dia mengenali dirinya. Dia sangat popular dahulu. M-macam mana?!

"H-hai,Iskandar. Kau- ehem,awak tinggal dekat sini?" Aireen gagap.

Iskandar mengangguk dan tersenyum. Lelaki itu merupakan manusia yang paling baik zaman sekarang. Kata-katanya manis sahaja. Dia tidak mencarut dan wajahnya menyejukkan mata yang memandang. Ramai wanita mengejarnya. Siapa sahaja tidak suka akan lelaki akhir zaman yang pandai menjaga adab kan?

Iskandar ada senyuman yang manis. Dahulu,dia merupakan pelajar yang paling pandai. Dia fasih berbicara dan sering menggalakkan seseorang untuk berjaya. Dia selalu menolong orang lain dan saaaangat baik. Tidak Aireen sangka,dia sudah membangunkan syarikat ayahnya sekarang.

'What the hell is happening with today?!' Aireen rasa tidak tenteram.

"Saya dengar awak bangunkan syarikat ayah awak sekarang. Awak hebat sangat... selepas awak habis belajar awak terus bekerja. Macam mana bisnes awak berjalan sekarang?" Aireen cuba bersua muka dengan idolanya.

"Oh... bisnes sedang berjalan dengan lancar. Dan nampaknya ia akan bertambah lancar lagi,"



     

Comments

Popular Posts