Comel & Tampan (bab 2)

 "MANOI tadi?" soal Khaazs kepada Aiman Adam. "Kau lambat datang temuduga"

Ekspresi Aiman Adam bertukar serius. Aiman Adam kelihatan serabut seperti sesuatu sedang mengganggu mindanya. Aiman Adam menarik nafas dan memandang Khaazs. Khaazs terasa takut dengan sikap rakannya dan segera menegakkan kedudukannya.

"The side job,"

"The side job? What's wrong with it? Did someone make a mess?"

"No. But 'they' seem to know it. We can't let the government interfere. Not all the people from the government can be trusted. We need to be careful," 

                                                         =~=~=~=~=~=~=~=~=~=~

Aireen menghempaskan dirinya ke atas katil setelah selesai mengemas semua kotak yang dibawa daripada rumahnya di kampung. Aireen menekan butang televisyennya dan menonton perkembangan terkini dunia perniagaan.

"Boring..." Aireen baru sahaja hendak menukar siaran apabila...

"Syarikat Imperial bercadang untuk menjalankan satu projek baharu di Johor Bahru. Sebanyak 550 juta ringgit diperuntukkan untuk projek tersebut. Namun,sebarang keterangan masih belum diberikan oleh CEO Imperial,Aiman Adam. Tetapi sudah pastinya projek ini akan membawa kemenangan yang besar buat syarikat ini setelah mendapat sokongan daripada syarikat besar China,Nation Garden,"

Alat kawalan jauh televisyen tersebut jatuh dari tangan Aireen. Aireen ternganga besar. Inikah syarikat yang akan dia kerja? Dia baru sahaja bertemu dengan CEO syarikat itu tengah hari tadi. Dia juga akan bekerja di bawah The Great Aiman Adam.

Aiman Adam sudah mencatat nama di senarai Forbes pada umur 25 tahun. Dia merupakan antara 30 under 30.  Dia mewarisi syarikat ayahnya dan berjaya membawa syarikat itu secara global. Syarikat itu mengendalikan projek di beberapa negara besar seperti China dan Amerika Syarikat. Aiman Adam juga merupakan pemegang saham minor syarikat Nation Garden,iaitu sebanyak 0.3%. 

                                                        =~=~=~=~=~=~=~=~=~=~

Aiman Adam tiba di rumah ibu bapanya. Dia disambuti dengan senyuman daripada adiknya yang baru berumur 15 tahun,Nur Emiesya. Nama yang agak terkenal dalam dunia hiburan. Paras rupanya menjadi tarikan. Kulitnya putih lembut,pipinya kemerahan hasil daripada pengambilan buah delima,matanya bersinar dan pasti menyejukkan mata yang memandang.

"Abang Adam! Dah lama Abang Adam tak balik. Adik ada berita gembira ni. Adik dapat tawaran masuk majalah Teen Vogue!" Emiesya melompat-lompat sambil bercerita.

"Wah,hebatlah! Haritu baru masuk Girl's Life,sekarang dapat masuk Teen Vogue pula," kata Aiman Adam sambil melangkah masuk rumah.

Encik Alani dan Puan Rose menunggu kedatangan Aiman Adam di meja makan. Aiman Adam bersalaman dengan mereka. Mereka kemudiannya menjamu selera. Namun,keadaan terasa agak tegang apabila Aiman Adam menjaga formaliti antara mereka.

"Tahniah atas kejayaan projek di Johor Bahru,Adam. Ayah bangga dengan kamu," Encik Alani cuba untuk memeriahkan keadaan.

"Terima kasih,ayah. Itu hanyalah rancangan sahaja,hasilnya belum berbuah lagi. Tiada apa yang perlu dibanggakan," Aiman Adam tidak sedar bahawa dia telah membuatkan keadaan semakin tegang.

Setelah selesai makan,Aiman Adam dan Encik Alani berbincang di bilik belajar. Mereka merancangkan gerakan mereka yang seterusnya seperti biasa. Mereka tidak pernah berehat membangunkan syarikat walaupun setelah tamat waktu bekerja.

"Minggu lepas,Highlands Group baru sahaja jual saham mereka sebanyak 30%. Adam bercadang nak beli memandangkan syarikat itu berbaloi untuk melabur. Jualan syarikat itu sangat baik dan mereka kawal 10% ekonomi dekat Malaysia. Bila Adam beli,Adam boleh jadi pemegang saham major syarikat itu dan dapat juga kawal kewangan dekat Malaysia," kata Aiman Adam dengan teruja.

"Adam. Kita orang Islam ni kena ada rasa qanaah. Ayah tahu pasal the side job. Memang benda tu tak salah tapi risiko sangat tinggi. Seriously? You want to control the politics? Dendam apa yang Adam simpan dalam diri Adam sampai macam tu jadinya," Encik Alani memandang serius ke arah Adam.

"Ayah. Politik mengawal ekonomi,ekonomi mengawal negara. Kalau politik tak stabil,ekonomi negara pun tak stabil. Itu yang halang kejayaan kita,ayah. I didn't work day and night for this sh*t. Kita pernah hampir hilang 70% syarikat kita sampai hampir diisyhtiharkan muflis. Semua penat lelah Adam habis dekat situ. Adam- ! Maafkan Adam,ayah. Adam tak berniat nak lepaskan semua itu dekat ayah," tanpa dia sedari,dia sudah pun berdiri daripada tempat duduknya sambil menengking ayahnya sendiri.

Aiman Adam terus pulang ke rumahnya tanpa sebarang kata. Lamborghininya dipacu merentasi lebuh raya. Kereta itu membelah jalan yang dipenuhi dengan kereta. Tiba-tiba dia teringatkan Aireen Ariana,gadis yang telah menawan hatinya. Segala masalah seperti hilang dengan sekelip mata apabila teringatkan gadis itu.

                                                          =~=~=~=~=~=~=~=~=~=~


Aireen menatal skrin telefonnya sementara menunggu bas untuk ke stesen LRT. Di skrinnya terdapat artikel di wikipedia mengenai Aiman Adam. Aireen menggigit kukunya setelah teringatkan wajah tampan lelaki itu. Gambar Aiman Adam sangat macho di situ. Aireen mengekek berseorangan lalu meletakkan telefonnya.

Aireen terkejut beruk melihat kemunculan seorang lelaki di hadapannya. Segera Aireen melihat semula telefonnya kemudian susuk tubuh tersebut. Tiada beza! Aireen menggosok matanya. Benarkah semua ini?

"I'm real. Hop in!" Aiman Adam membuka pintu keretanya kepada Aireen. Aireen masih tercegat di situ seperti tidak percaya apa yang sedang berlaku. "Bas awak lambat lagi sampai. Saya tak suka orang lambat-lambat masuk kerja. Lagipun,saya pergi kerja ikut jalan sini. Dah terlanjur nampak awak,saya beri tumpang jelah,"

Penipu. Rumah Aiman Adam sepenuhnya bertentangan dengan tempat itu. Jarak rumah Aireen dan rumah Aiman Adam ke tempat kerja masing-masing ialah 25 km. Maksudnya,Aiman Adam terpaksa memandu 75 km untuk ke tempat kerja memandangkan dia perlu berpatah balik untuk ke tempat kerja. Itulah pengorbanan seorang lelaki demi mengejar cintanya.


'Tadi aku tengok dekat wiki dia tinggal dekat Mont Kiara. Google tipu aku ke? Siap kau Google,' bisik hati kecil Aireen.

Aireen melangkah masuk ke dalam kereta itu. Reka bentuk dalaman kereta itu sangat mengagumkan. Aiman Adam terus memecut laju ke Imperial. Hampir terbeliak mata Aireen dengan kelajuan tersebut. Aireen terpaksa menahan dirinya daripada menjerit kerana khuatir Aiman Adam akan terperanjat.

                                                      =~=~=~=~=~=~=~=~=~=~

Aireen turun daripada kereta seperti orang mabuk. Matanya terbuka besar. Rambutnya tidak terurus. Orang sekeliling melihat geragan perempuan yang baru sahaja turun daripada kereta Aiman Adam. Namun,Aiman Adam mengarahkan pengawal di situ untuk menutup Aireen daripada pandangan orang.

"Wait,wait. I think I'm gonna puke," Aireen menutup mulutnya dan berasa semakin loya apabila menaiki lif.


Pintu lif terbuka. Aireen disambut oleh setiausaha Aiman Adam,Shah. Ya,hanya Shah. Aireen dibawa ke tempat kerjanya. Aireen dikenalkan kepada eksekutif-eksekutif di situ. Aireen diambil oleh seorang wanita yang berkulit sawo matang dan cantik.

"Hai. Saya Asha. Semalam Encik Adam sudah beritahu awak saya akan jadi mentor awak. Jadi,saya tak nak awak buat masalah dekat sini sebab kami bekerja sebagai kumpulan. Bila awak buat salah,satu kumpulan akan kena tempiasnya. Faham?" Asha memberikan amaran kepada Aireen.

"Tapi,saya tak tahu nak buat apa dengan awak ni. Sebab ini bukan department awak sepatutnya. Awak ni designer tetapi kita sudah ada designer executive di sini,iaitu Asha. Oh,sayalah tu! Mungkin Encik Adam baru sedar yang saya perlukan pembantu di sini," Asha berdebat di situ.

Aireen hanya mengikut kata-kata Asha. Asha ke sana Aireen pun ke sana,Asha ke sini Aireen pun ke sini. Asha menerangkan kepada Aireen peraturan dan kriteria kerjanya. Apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu.

"Tumpang tanya. Siapa ketua eksekutif di sini?" Aireen mengemukakan soalan yang boleh dikatakan agak bodoh.

"Saya tak tahu nak cakap apa. Saya ialah CEO,Chief Executive Officer. Maksudnya saya ini adalah ketua eksekutif di sini. Saya juga bertanggungjawab atas segala apa yang berlaku dalam syarikat ini sehinggakan saya harus mengendalikan temuduga," Aiman Adam tiba-tiba muncul di depan pejabatnya.

"Kami sudah berikan cadangan untuk memberikan tugas ini kepada pengurus sahaja tetapi Encik Adam tolak sebab tidak percayakan mereka," Shah bersuara.

"Shush! Siapa suruh awak bercakap? Cepat siapkan snek untuk saya," Aiman Adam terus menutup pintu pejabatnya.


Comments

  1. Hm...okay bagus . Bab seterusnya, awk tulis pasal Aireen pastu masuk bab Laura hahahahah entahlah😆

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts