Comel & Tampan (bab 4)

"I sold my soul to the devil,"

Aku terhenti. Aku memandang wajah tidak berdaya abang aku.

"Apa?" aku terasa hampa dan geram.

"It was a trap. Abang tak terfikir tentang itu masa abang sign kontrak. Abang cuba melindungi Aiman. Mereka boleh buat benda yang sangat kejam dekat Aiman. Selama 2 tahun kita tak jumpa,Aiman dah membesar dan makin kacak. Aiman semakin berdikari. Aiman... maafkan abang," kemaafan itu kedengaran sangat sayup di telinga.

Hati aku rasa seperti diguris dan dipijak berkali-kali. Abang dah pecahkan rasa kepercayaan aku,dia ingat aku nak maafkan dia dengan senang macam itu je? Oh,mama dah sampai nak ambil aku.

"Aiman--!" 

"Mama!" aku melarikan diri daripada abang aku.

Dia melihat aku pergi kepada seseorang yang aku dakwa mama aku. Aku kenal dia sangat. Dia pasti pulang ke sini kerana dia sudah merancang kehidupan yang bahagia buat kami berdua. Terukir rasa perit di mukanya. Aku tidak akan jatuhkan ego aku kerana itu.

Selepas itu,aku tidak mendapat khabar lagi daripada abang. Mungkin dia sedang cuba untuk menutup semua bukti dia berjumpa dengan aku. Kerana kebelakangan ini informasi aku seperti sedang diceroboh. Aku juga ditanya berapa ramai adik-beradik yang aku ada. Aku berterima kasih kepada ayah angkat aku kerana telah menukar segala data peribadi aku daripada awal lagi.

                                                         =~=~=~=~=~=~=~=~=~

Aireen menyiapkan tugas yang diberikan oleh Asha. Aireen menyiapkan reka bentuk dalaman sebuah bangunan berdasarkan pelan yang diberikan. Mindanya masih tidak boleh melupakan apa yang diceritakan Aiman Adam beberapa hari lepas.

"Wah,pandai awak mereka bentuk bangunan ini! Patutlah Encik Adam pilih awak. Bila saya rasa awak layak,saya akan berikan kerja yang sepatutnya awak buat. Buat masa ini saya nak awak impress saya sahaja," Asha tiba-tiba muncul di sebelah Aireen.

"Hmm... awak ni comellah Aireen. Mesti boyfriend awak bertuah sangat," kata Eksekutif Lizi.

Aireen hanya membalasnya dengan senyumannya. Lizi tiba-tiba menyiku Eksekutif Affisy sambil tersengih-sengih. Lizi mengenyitkan matanya ke arah Affisy. Pipi Affisy membera. Aireen yang masih lurus tidak faham akan apa yang berlaku.

"Buat kerja awak,Lizi!" Affisy memarahi Lizi.

Setelah habis bekerja,Aireen mengemas semua barang-barangnya. 4 orang eksekutif telah pun pulang. Hanya tinggal Aireen dan Affisy sahaja di situ. Affisy datang ke arah Aireen. Dia seperti sedang mencuba berkata sesuatu.

I have to make the first move. "Aireen,awak nak makan malam tak dengan saya? Saya tak niat apa-apa pun cuma saja nak berkenalan," kata Affisy dengan malu.

"Ia kedengaran menyeronokkan tetapi saya agak penat setelah seharian bekerja. Mungkin lain kali?" kata Aireen.

"Tak mengapa. Lagipun,tadi awak kerja dengan bersungguh-sungguh. Awak layak menerima rehat yang secukupnya. Lain kali rasanya," Affisy menerimanya dengan hati yang terbuka. 

Aireen pun menuju ke arah  lif. Tiba-tiba Affisy terlihat Encik Adam berdiri di hadapan pejabatnya sambil memberikan pandangan yang tajam ke arahnya. Affisy menelan air liurnya. Bulu romanya meremang. Affisy memberikan tunduk hormat kepada Aiman Adam dan berlalu pergi dengan laju.

                                                     =~=~=~=~=~=~=~=~=~

Khairul Azsyar ataupun Khaazs dalam perjalanan pulang ke rumah apabila dia terlihat Aireen berjalan berseorangan. Khaazs menyapa Aireen lalu memberikan tumpang. Aireen masuk ke dalam kereta two-seater itu iaitu kereta buatan United Kingdom,Jaguar.

Chiefs dekat Imperial ni memang kaya-kaya ke? "Terima kasih,Encik Khairul. Girlfriend encik tak marah ke?"kata Aireen sambil mengancing tali pinggang keledarnya.

"Panggil saya Khaazs sahaja. Bukan Encik Khaazs tetapi Khaazs sahaja. Lagi satu,saya single," kata Khaazs tetapi daripada raut wajahnya mengatakan dia seperti telah tertambat hati kepada seseorang.

"Siapakah orang yang bertuah yang telah menambat hati Khaazs?" Aireen mengusiknya. Pipi Khaazs membara kemerahan. "Why don't you try give a shot? Siapa je nak tolak Khaazs yang bekerjaya dan kacak ini kan?"

Khaazs hanya tersenyum. Mungkin dia boleh cuba. Tapi,dia harus merancang strategi dengan berhati-hati. Wanita berkulit sawo matang,cantik dan bekarisma tinggi terbayang dalam mindanya. "Hihihi!" Khaazs mengekek.

                                                       =~=~=~=~=~=~=~=~=~

Pada keesokan harinya,Aireen menuju ke kafe Imperial dan berlanggar dengan Khaazs. Khaazs kelihatan berpeluh dan gementar. Aireen mengajak Khaazs duduk bersarapan bersamanya di kafe. Khaazs hanya akur.

"Aireen,awak cakap saya harus ambil langkah pertama kan?" kata Khaazs. "Saya.... suka Asha! Boleh tak awak tanyakan dia kalau dia berminat untuk makan malam dengan saya?" Khaazs cakap dengan pantas sekali seperti Eminem.

Aireen tidak sangkakan itu. Aireen menghirup kopinya dan meletakkannya di atas meja.

"Khaazs,itu bukan cara awak menambat hati perempuan. Mula-mula awak kena tahu dahulu sama ada dia sudah berpunya ataupun tidak. Kemudian,baru awak boleh mulakan strategi. Pertama sekali,awak harus berkenalan dahulu. Mungkin awak boleh mulakan berbicara tentang apa yang awak dan dia suka lakukan," Aireen berbicara seperti seorang doktor cinta.

"Jadi,Asha sudah berpunya ke?" Khaazs risau.

"Asha seperti sudah berpunya tetapi hubungannya tidak berapa baik dengan teman lelaki dia. Asha selalu bertengkar dengan dia melalui mesej. Nampaknya,itu adalah peluang awak. Tetapi,awak jangan aggresif sangat kalau tak awak buat dia menyampah," kata Aireen sambil cuba untuk mengingat semula memorinya.

Aireen minta diri apabila jarum menunjukkan 8.20 pagi. Jadi,Khaazs dan Asha? Kacang je ni. Aireen berpengalaman dalam bidang ini. Aireen pernah bercita-cita menjadi ahli psikologi ketika kecil,jadi dia boleh baca minda seseorang.

"Aku akan bersungguh-sungguh,"



Comments

Popular Posts