Comel & Tampan (bab 3)

SETELAH 9 jam bekerja pada hari pertama di Imperial,Aireen akhirnya dapat juga berehat. Dia minum petang di sebuah kafe berdekatan dengan syarikatnya. Daripada tingkap kafe itu,Aireen boleh melihat pemandangan bandar raya yang sibuk. Ramai orang pulang dari tempat kerja.

"Hmm... this is just what I need," Aireen menghirup kopi yang penuh krim sambil membuka laptopnya dan menyiapkan kerja.

Maghrib menjelang tiba saat Aireen melangkah keluar daripada kafe tersebut. Lampu mula menerangi jalan. Aireen berjalan ke stesen LRT. Namun,Aireen seakan tersesat kerana dia tidak pernah pulang pada waktu malam. 

Seorang lelaki berjalan melepasi Aireen. Ini sahaja peluangnya untuk pulang ke rumah. Dia mesti minta pertolongan daripada lelaki tersebut. Aireen mengejar lelaki tersebut lalu tersungkur apabila tumit kasutnya tersangkut di ruang antara batu.

"This damn rock! The enemy of heels," Aireen memijak-mijak batu tersebut sambil marah kepadanya. 

Lelaki tersebut memandang ke arah Aireen. Dia tertawa melihat telatah Aireen. Dia mendekati Aireen dan menghulurkan tangannya kepada Aireen. Aireen memandang lelaki yang berpakaian dengan bergaya sekali itu.

"Boleh saya tolong?" lelaki itu memancarkan senyuman ke arah Aireen. Giginya yang bersinar itu membuatkan Aireen sukar melihat.

Lelaki itu mengenakan ripped jeans berwarna hitam bersama dengan kemeja jeans yang di dalamnya t-shirt berwarna putih. Di lehernya tergantung seutas rantai seperti yang dipakai oleh orang Korea. Paras rupa lelaki itu yang seperti orang putih sangat bersesuaian dengan gayanya berpakaian. Entah bagaimana,dia mengingatkan Aireen terhadap Aiman Adam.

"Oh emm... Saya orang Islam. Saya tak boleh sentuh bukan mahram. Sebernanya saya sesat. Saya nak pergi stesen LRT," kata Aireen sambil berdiri semula.

"Oh,saya boleh tunjukkan awak memandangkan saya pun nak pergi situ. Lagipun,tak bagus perempuan jalan seorang-seorang waktu malam. Mari ikut saya," kata lelaki itu sambil menunjukkan jalan kepada Aireen.

"Nama saya Aireen. Saya baru first time dekat sini. Saya dekat sini pun atas alasan bekerja. Oh,nama syarikat saya Imperial. Awak pernah dengarkan syarikat itu?" kata Aireen sambil berjalan bersebelahan dengan lelaki itu.

"Itu adalah informasi yang awak tak boleh dedahkan dekat orang yang tidak dikenali. Awak tak risau ke saya buat apa-apa dekat awak nanti? Awak tak boleh percayakan orang dengan mudah," kata lelaki itu.

Aireen terdiam seketika.

"Tapi,saya percayakan awak. Awak nampak baik!" kata Aireen dengan senyuman yang manis. Terpaku lelaki itu dengan senyuman Aireen.

Aireen terlalu berharga. Dia risau orang akan ambil kesempatan terhadapnya. Dia harus tahu cara untuk survive. Dunia ini lebih kejam daripada apa yang Aireen sangkakan. Dia mendekati Aireen sehinggakan Aireen tersandar pada sebuah dinding.

"Saya tak sebaik yang awak sangkakan. Everyone has their own demon. Awak rasa saya baik lagi ke kalau saya buat macam ni dekat awak?" lelaki itu membelai rambut Aireen.

"WOI!!!" 

Aireen tidak menyedari bahawa selama ini dia diekori Aiman Adam daripada jauh. Lelaki itu melepaskan Aireen. Dia memberikan senyuman sinis kepada Aiman Adam. Dia berdiri seperti mencabar Aiman Adam.

"Adam. Aku tahu kau akan datang. Jadi,dia ini kelemahan kau? Relaks... aku tak buat apa-apa dekat dia pun. She's all yours,"

Aiman Adam mengarahkan Aireen masuk ke dalam kereta Range Rovernya. Aiman Adam tidak berkata apa-apa dan terus memandu jauh daripada lelaki itu. Lelaki itu menyilangkan tangannya sambil tersenyum.

"Aiman,you've grown up. Kau masih tak maafkan aku nampaknya," lelaki itu pun berlalu pergi.

                                                         =~=~=~=~=~=~=~=~=~=~

"Terima kasih,Encik Aiman," kata Aireen ringkas.

Aiman Adam terdiam seketika. Memori membanjiri mindanya. Terukir keperitan di wajahnya seperti dia telah melalui peristiwa yang pahit. Aiman Adam menarik nafas dan menghembus segala kesakitan itu.

"Dah lama orang tak panggil saya dengan nama itu," dia tersenyum seketika.

"Bila kali terakhir orang panggil encik dengan nama Aiman?" Aireen mengajukan soalan itu dengan mudah sekali. 

"Masa ibu bapa saya meninggalkan saya dan abang saya menghilangkan diri," Aiman Adam menahan air matanya daripada mengalir. Dia memerlukan seseorang untuk bercerita tentang kesedihan ini.

Jadi,Aiman Adam ialah anak angkat kepada Encik Alani?! Walaupun jawapannya ringkas,ia telah menyentuh hati Aireen. Aireen terasa sebak. Air mata mengalir di pipinya. Aireen menangis sambil mengesat hingus yang meleleh.

"Eh,eh. Ah... janganlah nangis. Saya tak berniat nak buat awak sedih," Aiman Adam cuba memujuk Aireen namun Aireen bertambah sedih.

Aireen mula berhenti menangis. Aiman Adam perlukan seseorang untuk bercerita segalanya. Banyak yang telah berlaku sekarang. Dia mahu melepaskan beban di bahunya yang dia bawa selama ini. 

"Saya nak bercerita jikalau awak tak kisah," Aireen mengangguk.

"Masa saya berumur 15 tahun,ibu bapa saya terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa mereka. Saya hanya ada abang saya seorang sahaja ketika itu. Selepas itu,kami tinggal berdua sahaja. Semua saudara meninggalkan kami kerana dendam yang lepas dengan ibu bapa saya. Satu hari,ketika kami membeli barang keperluan harian,seorang lelaki mendekati abang saya dan tanya dia jika dia berminat untuk jadi model. Itu merupakan impian abang saya dari kecil lagi. Saya suruh dia pergi kerana ini sahaja peluang untuk kami survive," Aiman Adam terdiam seketika.

"Selepas itu,abang saya mendiamkan diri. Saya tidak dapat apa-apa khabar pun daripada dia. Selepas 6 bulan,saya tidak boleh lagi nak tampung diri saya kerana yuran tuisyen sekolah semakin mahal. Saya pergi berjalan ke kota untuk bertenang,saya terkejut apabila saya nampak wajah abang saya ada di mana-mana tempat. Dia telah mencipta nama dia sendiri. Dia telah mencipta nama dengan paras rupanya dan dapat tawaran menjadi duta jenama besar dunia," Aiman Adam menghembuskan nafas panjang.

"Saya tersadar bahawa saya tidak diperlukan lagi. Tiada siapa kisah tentang saya sehinggakan saya dihantar ke rumah anak yatim apabila cikgu saya dapat tahu saya tinggal sebatang kara. Saya rasa tewas ketika itu. Saya mula belajar dengan bersungguh-sungguh. Saya nak abang saya nampak saya di persada dunia. Saya menagih kasih dia. Satu hari,seorang yang baik hati datang jadikan saya anak angkat mereka. Mereka jaga saya dengan baik sekali. Mereka beri saya kasih sayang secukupnya walaupun mereka ada seorang anak perempuan," Eksperesi Aiman Adam tiba-tiba bertukar marah.

"Waktu itu abang saya pulang mencari saya. Ketika itu saya berumur 17 tahun. Saya pulang dari sekolah dan saya terkejut apabila nampak abang saya berdiri di hadapan pintu sekolah dengan senyuman yang manis. Abang saya kelihatan berbeza sekali. Dia kelihatan begitu bergaya. Namun,personaliti dia tetap sama:seorang yang penyayang dan baik hati. Waktu itu apa yang nak hanyalah peluk dia sekuat hati tetapi bila saya teringat apa yang dia buat dekat saya,saya terus berlalu pergi. Dia kejar saya dan saya ingat lagi apa yang dia cakap dekat saya,"







Comments

Popular Posts