Comel & Tampan (bab 1)

  "AKHIRNYA aku dah tak menganggur lagi,"

 Aireen bangun pagi dengan penuh semangat. Ini adalah malam pertamanya tidur di rumahnya sendiri. Rumahnya merupakan sebuah kondominium yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Aireen melihat pemandangan pagi itu dari balkoninya.

"Glad I chose the right view"

Di hadapannya tersergam indah Menara Berkembar Kuala Lumpur. Aireen menghirup udara pagi itu. Aireen tersenyum apabila memikirkan tentang temuduganya tengah hari ini. Dia yakin dia akan melepasi temuduga itu. Semua usahanya akhirnya berbayar juga.


                                                      =~=~=~=~=~=~=~=~

  Aireen melihat perkembangan trafik di telefonnya. Jalan agak sesak hari ini. Dia memilih untuk menaiki LRT sahaja. Ketika Aireen menunggu lampu pejalan kaki bertukar kepada warna hijau,Aireen membaca satu papan tanda di hadapannya. 'KERJA PEMPAIPAN SEDANG DIJALANKAN'. 

Broommm...

Sebuah kenderaan berhenti di lampu trafik. Bunyi enjinnya begitu seksi dan membuat pejalan kaki dan pemandu kenderaan memalingkan wajahnya. Kereta sport keluaran Itali,Lamborghini berwarna putih,telah berjaya menarik perhatian Aireen.

'Kan bagus kalau aku dapat jadi girlfriend pemandu tu. Tapi takpe,aku akan buktikan aku pun boleh berjaya macam dia juga,' bisik hati Aireen.

Lampu trafik bertukar hijau. Kereta itu pun bergerak melepasi Aireen. Namun,ia melanggar lopak air disebabkan kerja pempaipan dan memercik ke Aireen. Pemandu tersebut berhenti keluar daripada kenderaannya dan segera kepada Aireen.

Aireen memandang wajah pemandu itu. Aireen terpaku dengan kekacakan lelaki itu. Lelaki yang berkulit putih,matanya seperti mat saleh,bibirnya seksi,berambut ikal dan hitam dan tinggi lampai membuka kaca hitamnya dan bergegas kepada Aireen. Aireen tidak berkata apa-apa kerana terpegun dengan vibe daripada lelaki itu.

"Saya tahu saya handsome tapi janganlah pandang saya macam tu. Awak nak tandatangan saya? Ye lah kan dah terlanjur sekali tu," suara lelaki itu merupakan suara idaman wanita,iaitu deep dan husky.

Aireen tersedar daripada lamunannya. Eee,perasannya lelaki ini.

"Tak. Saya nak encik minta maaf. Saya ada temuduga sekejap lagi dan encik dah rosakkan mood saya dan saya basah kuyup sekarang ni dan saya-. Argh!"Aireen marah dengan nada yang tegas dan laju.

Aireen menggigit bibirnya dan terus berlalu pergi. Lelaki itu ditinggalkan dengan kekeliruan. Lelaki itu seperti,'Apa salah aku','Aku salah kat mana?','WTF?'. Lelaki itu terus meneruskan perjalanannya.  Dia tidak berhenti memikirkan tentang Aireen.

                                                           =~=~=~=~=~=~=~=~

  Rasa gundah-gelana Aireen hilang sekelip mata setelah melihat bangunan serba moden yang tersergam indah di hadapannya. 'Imperial'. Itulah nama syarikat yang telah menggegarkan dunia dengan kejayaan yang dikecapi. Saham syarikat itu juga menlambung tinggi dari semasa ke semasa. Hampir kesemua projek-projek besar dikendalikan oleh mereka. 

Dan itulah syarikat yang akan menemuduga Aireen. Aireen menggigil seketika. Rasa gementar mula menyelubungi dirinya. Dia mengagahkan dirinya dan mengambil langkah pertama masuk ke dalam bangunan itu. Reka bentuknya sangat futuristik dan pekerjanya berkarisma tinggi.

Seorang pembantu datang ke arah Aireen dan membawanya ke bilik salinan. Aireen terpegun dengan sikap pekerja di situ. Mereka menolong orang lain tanpa disuruh. Pembantu itu menghulurkan baju untuk disalin kepada Aireen. Aireen membeku. Baju salinan itu lebih mahal daripada bajunya yang sekarang dan kosnya adalah 3 bulan bekerja di tempat kerjanya yang sebelum ini.

Pada mulanya,Aireen menolak. Namun,pembantu itu hanyalah menjalankan kerjanya. Akhirnya,Aireen akur juga. Aireen kemudiannya dibawa ke tempat temuduga. Aireen menarik nafas dan berzikir. Sementara menunggu gilirannya,Aireen cuba menyesuaikan dirinya dengan keadaan sekeliling.

"Aireen Ariana?" namanya dipanggil dan Aireen melangkah masuk. "Sila duduk,"

Imperial CEO,Aiman Adam bin Alani. Imperial COO,Khairul Azsyar. Aireen melihat nama pada meja penemuduga tersebut. Tetapi,mana lagi seorang? Hanya COO Khairul Azsyar sahaja yang ada di situ.

Pintu bilik itu terbuka dan seorang lelaki berkemeja putih masuk ke dalam. Lelaki itu tidak memakai tali leher dan membiarkan butang kolarnya terbuka. Benda itu telah memberikan handsome effect pada lelaki tersebut. Aireen dapat merasakan aura lelaki itu. Lelaki itu duduk di meja CEO. Aireen memandang wajahnya. Tampannya... Eh,sekejap! Ni kan mamat tadi!

"Oh,orang tadi encik rupanya," kata-kata itu keluar dari mulut Aireen secara tidak sengaja.


Aiman Adam melihat Aireen dan tersedar akan wanita yang tidak henti difikirkan olehnya. Dia terus menyelak resume Aireen dengan laju dan meletakkannya di atas meja. Aiman Adam menegakkan posisi duduknya dan memandang Aireen dengan teliti.

"Pass! Datang esok pada pukul 8.30 pagi. Meja awak ada dekat department yang sama dengan saya. Mentor awak ialah Asha. Dia akan jumpa awak esok. Awak boleh bersurai sekarang. Dan lagi satu! Etika pemakaian pada hari esok adalah blaus. Baiklah,awak boleh bersurai," kata Aiman Adam.

Tidak sampai lima minit pun Aireen di sana dan tidak sepatah pun Aireen berbicara. Adakah ini mimpi? Tempat kerja idamannya menjadi realiti. Aireen melangkah keluar dan terduduk seketika. Aireen sangat gembira.

CEO syarikat ini memang mengendalikan temuduga kerana itu adalah salah satu cara untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar dari bawah. Itulah rahsia kejayaan syarikat ini. Mereka juga tidak mementingkan latar belakang seseorang. Semua orang mesti dilayan dengan adil dan saksama.

COO Khairul Azsyar melihat rakan seperjuangannya dengan pelik. Benarkah ini Aiman Adam yang dia kenali sejak kecil lagi? Selama ini dia akan memilih yang terbaik daripada yang terbaik untuk bekerja dengannya. Jarang sungguh orang yang masih baru dapat mengambil kedudukan yang diidamkan oleh pekerja-pekerja di sini.

"Khaazs,don't look at me like that. I like her," kata Aiman Adam kepada Khaazs. 

"Dia sepatutnya diambil sebagai intern sahaja. Kau biar betul nak ambil dia bawah department kau? Dia akan uruskan projek-projek besar. Dan kau tak perlukan designer pun sekarang. Aku ni kena kerja 3 tahun dekat sini untuk dapatkan jawatan aku sekarang. Aku tengah marah ni janganlah berangan," Khaazs bertambah marah apabila Aiman Adam mengelamun ketika dia sedang berbicara.

Aiman Adam memandang Khaazs dengan senyuman yang menakutkan. "Apa tadi yang kau nak cakap?"

Khaazs terdiam seketika. Aiman Adam memberikan senyuman yang sangat digeruni satu dunia kepadanya. Senyuman innocent yang boleh membunuh seseorang dari dalam. Keluarganya juga takut akan senyuman itu. Senyuman itu juga boleh membuatkan seseorang hilang segalanya.

"Haha,kau pun takut bila aku buat macam tu. Jangan risau aku cuma exercise je. Dah lama kan aku tak try. Ke aku memang serius?" kata Aiman Adam. "Aku suka dia. Adakah ini cinta pandang pertama?" kini Aiman Adam bertukar semula menjadi dirinya yang sebenar. 

Comments

  1. Wau blh tahan cuma klo blh kurangkan penggunaan nama. Lebihkan penggunaan kata ganti nama. Tq!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts