Sang Puteri Inspirasi Hati (bab 6)

               "Esok hari jadi aku. Tak sabarnya!" kata Aidasya. Dia merebahkan punggungnya lalu sambung bermain permainan video. Matanya sudah menempah waktu rehat namun Aidasya dia masih mahu menunggu hari bertukar tarikh. Setelah sekian lama sabar menunggu akhirnya, "Yes! Sudah pukul 12:00 a.m.. Selamat hari jadi Aidasya. Semoga hari ini segalanya berjalan dengan baik. Semoga kau dapat terus berbakti kepada ibu bapa dan menjadi anak yang solehah. Hihihi," katanya kepada diri sendiri. 

                 Pagi menjelang tiba dan Aidasya kelihatan begitu teruja. Tersenyum-senyum Aidasya seperti kerang busuk. "Hmm,hari ini aku pakai penyepit rambut yang aku beli untuk hari jadi aku beberapa hari lepas," Aidasya menyepit rambutnya lalu memeluk dirinya sendiri. Dia membuka langkah ke dapur untuk bersarapan. Namun, "Aidasya,mak sudah berulang kali ingatkan kamu supaya jangan beli permainan video lagi! Sebab itulah kamu selalu ketinggalan! Bagaimana kamu ingin menjadi contoh kepada adik-beradik kamu?! Cuba kamu lihat anak Makcik Rossa. Dia mendapat tempat pertama di dalam kelasnya dan pandai berdikari. Kamu pula... cis!" marah mak Aidasya sambil membuang permainan videonya ke dalam tong sampah. 'This day... couldn't it be much worse?'

                                               ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

                 "Hari ini hari jadi Aidasya. Aku harus belikan sesuatu untuknya. Dia pasti suka jika aku belikan dia baju jersi Adidas. Encik Shah,boleh tak tolong berhenti di kedai baju sebelum saya tiba di sekolah?" kata Emma kepada pemandunya. Limosina Rolls Royce berada dalam keadaan pegun di hadapan sebuah kedai baju. Setelah usai membeli hadiah dan kek untuk Aidasya,mereka bergerak pergi ke sekolah.

                   Tibanya di sekolah aku terus bergegas ke kelas Aidasya. Alhamdulillah,Aidasya di sini. Hah.. show time. Aku terus membuka dedaun pintu kelasnya dan, "Kejutan!!! Selamat hari jadi Aidasya!" rakan sekelasnya juga turut bersama menumpang kegembiraan dan menyanyikan lagu untuknya. "Hoi,Aidasya mengapa kau tak beritahu awal-awal yang hari ini hari jadi kau? Kalau tak aku dah bawa tepung dengan telur," kata salah seorang daripada rakan Aidasya. "Terima kasih Emma. Terima kasih semua. Muah,muah,muah," 'birthday girl' memberikan penghargaan kepada semua orang di situ.

                                                  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

                    "Assalamualaikum. Saya sudah balik!" salam Aidasya. Mak Aidasya hanya selamba melambai ke Aidasya lalu sambung membaca surat khabar. Senyuman palsu terukir di mukanya lalu Aidasya ke biliknya. "Wah,cantiknya jersi ini!" Aidasya bersiap lalu menghidangkan makan malam. Dia menikmati makan malam bersama ibunya dan juga tiga orang adik-beradiknya. 'Tiada siapa yang ingat hari ini hari jadi aku ke?'

                      Setelah makan malam Aidasya sambung bermain permainan video. Aidasya sangat khusuk bermain sehingga tidak sedar sudah tengah malam. Aidasya kehilangan jejak masa lalu melihat jam yang tergantung. Jam di dinding menunjukkan 12:00 a.m.. Air mata menitis apabila dia tersadar bahawa hari sudah pun bertukar tarikh.

                                                    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

                      "Hmm... aku sudah berjaga terlalu lama. Jam sudah pukul 12 pagi. Aku harus tidur," katil sudah memanggil-manggil untuk bermanja. Tiba-tiba telefon aku berdering. Nama Aidasya terpapar di skrin. Apa agaknya yang membuatkan Aidasya menelefon aku di tengah malam. Aku mengangkatnya, "Assalamualaikum. Maaf sebab telefon awak tengah-tengah malam. Emma... saya rasa mak tidak ingat hari ini hari jadi saya. Mak tidak ucapkan apa-apa pun kepada saya. Saya sedih sangat sebab awak orang pertama yang ucapkan selamat kepada saya. Saya bukan tidak hargai jasa awak tetapi saya sangat-sangat mengharapkan bahawa orang pertama itu ialah mak. Pagi tadi saya dimarah oleh mak. Mak memang tidak ingat hari jadi saya. Mak tidak sayangkan saya rasanya,"

                     Kasihan Aidasya. Pasti di rasa sangat sedih sekarang. Siapakan tidak mahu ucapan pertama daripada orang tersayang? Dulu mamalah orang pertama yang ucapkan kepada aku. Tepat pukul 12 mama akan datang ke bilik aku dan menyanyikan lagu hari jadi kepada aku. Papa pula hanya datang pada malamnya sahaja untuk sambut bersama dengan rakan-rakan aku. Adakah aku akan sebegini juga ketika hari jadi aku menjelang tiba? Aku masih tidak bersedia untuk menerima ketiadaan mama.

                    "Emma,awak di situ?" aku tersadar daripada khayalan. "Y-ya... jangan risau sangat tentang itu,Aidasya. Saya sudah ucapkan selamat kepada awak. Awak tidak bergembirakah? Saya tahu awak hargai apa yang saya lakukan tetapi kita sebagai manusia kadangkala tidak boleh hilangkan rasa tamak dalam diri kita. Walaupun kita hampir ada segalanya kita masih mengharapkan untuk dapat sesuatu yang masih tiada. Awak harus lihat apa yang awak ada. Itulah yang akan membuatkan awak rasa bersyukur. Jangan risau,apa yang awak inginkan mungkin akan datang kemudian dengan keadaan yang lebih baik," nasihat aku kepada Aidasya tetapi mengapa aku tidak boleh hargai apa yang aku ada sekarang daripada mengharapkan sesuatu yang sudah tiada?

Comments

Post a Comment

Popular Posts