Sang Puteri Inspirasi Hati (bab 5)

               Hmm,siapa pula yang memanggil aku? Setelah aku menoleh belakang aku terlihat Putera Araisy berlari-lari memeluk aku. Mengapa ia terasa seperti perkara yang pernah menjadu kebiasaan? Adakah ini de javu? Ingatan aku samar-samar tentang perkara ini. Huh,siapakah budak lelaki yang berada di dalam fikiran aku ini? Ah.. sakitnya kepala aku. Mengapa semua benda seperti berpusing-pusing di sini? Mata aku terasa seperti berat sekali. Tiba-tiba aku terasa badanku menghempas ke bumi. Benda yang terakhir yang aku dengar ialah Bella dan Aisy memanggil-mmanggil namaku.

              Di manakah aku berada? Bukankah ini rumah aku? Dan di situlah aku terlihat mama bersama dengan seorang kanak-kanak lelaki kecil di sampingnya. Siapakah kanak-kanak itu? Mama memakai baju yang aku jahitkan untuknya sewaktu aku kecil dahulu. "Mama? Mama ke tu?" Mama hanya memandang aku lalu memalingkan mukanya dan membawa kanak-kanak lelaki itu pergi. "Mama,mama hendak ke mana? Tunggu Emma. Sekejap mama!" aku mengejar mama sehingga kami tiba di taman di belakang rumahku. "Emma,mama sayang Emma tapi mama minta maaf. Mama harus pergi dahulu," kata mama sambil memberikan senyuman manis kepada aku.

               Aku membuka mata dan terlihat papa yang berada di samping aku. Papa memeluk aku sebaik sahaja aku melihat papa. "Papa... Emma mahu menanyakan sesuatu. Masa dahulu, Emma... pernah ada adik ke?" Papa seakan-akan terkejut apabila akan mengajukan soalan berikut. "Emma,apa yang Emma katakan ini? Emma sendiri tahu yang Emma satu-satu-" suara papa seakan terhenti saat menyebut perkataan tersebut. "Emma seorang sahaja anak yang papa ada," sambung papa lagi. Sesuatu tidak kena.

                                            ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

                 Keesokan harinya aku menikmati sarapan pagi di ruang makan istana. Walaupun,aku merupakan seorang gadis bangsawan,aku masih tidak biasa dengan makan beradab. Uh,apakah semua ini? Mengapa terlalu banyak pilihan sudu dan garfu serta pisau hanya untuk makan roti bakar? Aku mengambil satu garfu dan pisau lalu memotong roti bakar tersebut. "Emma,siapa yang gunakan garfu dan pisau untuk makan roti bakar?" aku ditegur oleh permaisuri. Aku melihat mereka yang lain hanya menggunakan tangan mereka untuk makan roti tersebut. Lagipun,siapa yang gunakan garfu dan pisau untuk makan roti bakar? "Ah...ahah," keadaan menjadi semakin janggal dan aku tidak boleh memikirkan perkara yang lain selain ketawa.

                   Seetelah selesai bersarapan,aku menemani papa sebelum dia pergi meninggalkan aku buat masa yang lama atas urusan kerja. Aku tidak dapat mengukirkan senyuman buat papa kerana aku teringat kejadian yang berlaku saat aku tidak menyedarkan diri. Setelah papa berangkat,aku dihantar ke sekolah.

                                        ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                   
                  Aku semakin hilang fokus di sekolah. Aku tidak boleh berhenti memikirkan tentang mimpi tersebut. Siapakah kanak-kanak lelaki tersebut? Aku tidak boleh ingat apa-apa dari zaman kecil aku. Mungkin ia kerana aku terlalu kecil untuk mengingati perkara semasa dahulu. Ataupun ini hanyalah mainan mimpi? Bila difikirkan semula,aku teringat sesuatu yang pernah dibicarakan oleh papa dan mama saat aku berumur 6 tahun dahulu...

Comments

Post a Comment

Popular Posts