Sang Puteri Inspirasi Hati (bab 4)

                Huargh! Aku menguap sebesar tempayan di kampung halamanku. Aku sudah lama tidak merasa tidur yang begitu nyenyak sekali. Aku rasa begitu bertenaga sekali mungkin disebabkan tenaga daripada rasa teruja yang membuak-buak dalam diriku. Tanganku mencapai dedaun pintu almari lalu aku mencapai baju yang ditempah khas oleh papa. Baju itu aku mengenakannya dengan tudung bawal berwarna biru laut. "Tuanku...," kata aku dengan nada yang mengada-ngada sambil melihat ke cermin. Aku tertawa kecil. 'Jika Aidasya melihat aku mengelamun sebegini pasti dia akan ketawa terbahak-bahak,' bisik hatiku kecil. 

               Aku menaiki limosina yang terparkir di hadapan bangloku. Pemandu limosina itu  memasukkan kesemua barangku ke dalam bonet kereta. Papa bersama-sama mengiring aku ke sana. Setelah terasa seperti berjam-jam ke sana,akhirnya aku telah memasuki pintu gerbang istana. Buat pertama kalinya aku melihat keadaan di istana. Dalam perjalanan ke pintu istana aku melalui sebuah taman landskap berkonsepkan moden yang berpenghuni dengan rama-rama dan kupu-kupu. "Tutup sedikit mulut kamu. Nanti lalat masuk pula," papa memecahkan kesunyian di situ. Rupa-rupanya aku terlalu kagum sehingga tidak menyedari mulutku yang sudah setengah terbuka.

               Kami tiba di muka pintu istana. Aku keluar dari limosina dan menghayati keadaan sekeliling. Istana yang tersergam indah itu memang luar daripada kisah-kisah dongeng yang diceritakan ketika aku kecil dahulu. Ia jauh lebih berbeza. Semuanya kelihatan begitu sempurna. Ia membuatkan aku berasa seperti tidak tergolong di sini. Fokus,aku harus fokus. Raja,permaisuri bersama dengan cahaya matanya menyambutku di muka pintu. Raja Qayyum,Permaisuri Gladya,Putera Firash,Putera Syazedd,Puteri Arabella dan Putera Araisy. Inilah salasilah keluarga diraja keturunan ke-8 kerajaan ini. 

               "Terima kasih kerana membenarkan anak saya berada di bawah penjagaan tuanku sekeluarga sepanjang ketiadaan saya dan tuanku. Jasa tuanku saya akan ingat selalu,"  kata papa kepada raja. Wah,papa kelihatan profesional sekali seperti dalam filem-filem di panggung. "Kob,kau tak usahlah terlalu mengikut protokol hanya kerana aku ada bersama dengan keluarga aku. Kau dah macam kawan baik aku,Kob. Tak perlu gelaran-gelaran sebegitu. Panggil je aku macam mana kau selalu panggil," Huh,I'm seeing the soft side of the king. He is always known as a strict person. Bertuahnya aku. "Mengapa berdiri di luar sahaja? Marilah masuk. Tak usah malu-malu,buat seperti rumah sendiri ya. Asalkan kamu tidak menyentuh jersi bola sepak Ronaldo kegemaran saya di tepi situ," Oh,aku harus mencatat nota tentang ini.

                 Sedang aku mencatat nota tiba-tiba datang seseorang mendekati aku. "Jadi inilah rupanya rakyat seperti kamu beraksi ketika bersama dengan kami. Sebelum itu,panggil aku Putera Syazedd. Hmph,kalau aku tidak beritahu pun kau mesti tahu juga kan?" kata si hidung tinggi,Putera Syazedd. 'Apa?! Aku baru sahaja tiba di sini dan ini yang aku dapat. Bukankah keluarga diraja kerajaan  Auria dikenali dengan sikap kesopanan mereka?Lagipun,bukankah tetamu seharusnya dilayan seperti raja?' Puteri Arabella mendekatiku pula. "Maafkan saya dengan sikap abang saya. Dia memang kelihatan kasar tetapi sebenarnya dia baik. Saya Arabella. Awak boleh panggil saya Bella. Mari saya tunjuk awak di mana bilik awak," Yang ini baru ada adab sedikit. Bukan seperti si Putera Syazedd itu. Panggil aku Putera Syazedd. Eh,adik kau matang dari kau. Ketepikanlah gelaran itu. Bukannya boleh bawa mati pun. "Emma,kamu dengar tak apa yang saya katakan tadi?" kata Bella.  "Ya,ya saya dengar," Apa yang dia katakan tadi. Aku tak dengar apa-apa pun. "Saya tidak katakan apa-apapun tadi sebernanya. Saya sengaja bergurau dengan awak," Allah,malunya!

              Setelah sekian lama berjalan,akhirnya aku tiba di bilik yang bakal aku huni untuk beberapa bulan nanti. Kaki aku telah menempah masa untuk berehat. Istana sebesar ini tidak mungkin dapat diteroka dalam masa sehari. "Inilah bilik awak. Saya harap awak sukakannya kerana saya yang hias bilik ini," kata Bella sambil membuka pintu bilik itu. Aku meneliti sekeliling bilik itu. Suka? Aku cintakannya. Aku mahu tinggal di sini selamanya. Alangkah besarnya bilik itu mengalahkan keluasan ruang tamu rumahku. "Emma,Emma!" teriak suara yang kedengaran seperti budak kecil dari belakang aku.       

Comments

  1. 😱bestnyaaaa . Kelakar time " bukannya boleh bawa mati pun" 😂 kalau ada masa, sambung tau😁👍

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts