Comel & Tampan (bab 7)

AIREEN ke kaunter untuk menuntut gambar-gambar yang diambil sepanjang di sana. Kemudian,mereka ke tempat parkir kereta dan ke restoran dengan menaiki kereta Iskandar. 

Mereka mengambil pesanan dan melihat gambar-gambar yang diambil tadi. Aireen ketawa melihat gelagat mereka berdua di dalam gambar itu. Tiba-tiba Iskandar menyentuh rambut Aireen.

"Ada habuk dekat rambut awak," kata Iskandar sambil membuang habuk tersebut.

Aireen hanya menundukkan wajahnya. Kemudian,seorang pelanggan di situ bangun daripada kerusinya dan keluar dalam keadaan marah. Aireen melihat lelaki itu dengan kekeliruan. Hmm,lelaki itu meningatkan dia kepada seseorang. Tetapi,siapa ya?


Aireen rasa gementar seketika apabila Iskandar menyentuh rambutnya. Dia terus menyelak gambar-gambar tersebut dengan laju untuk menyembunyikan perasaan itu. Aireen terhenti apabila melihat satu gambar ketika dia menaiki roller coaster.

'Hmm... cermin mata itu?' Aireen dilanda memori yang lalu.

Flashback...

... Seorang lelaki datang ke arah Aireen sambil membuka kaca matanya dan berkata, "Saya tahulah saya handsome tapi janganlah pandang saya macam tu--" AIMAN ADAM?!! Jadi,orang yang keluar tadi ialah Aiman Adam? Dia ikut aku selama ni?!

"Emm,Aireen," Aireen tersedar daripada lamunannya. "Awak kerja dengan Encik Adam kan? Emm... sekarang ni dia ada handle apa-apa projek tak? S-saya bukan apa. Saje je nak tahu sebab dia selalu sorok-sorok. Heheh...,"

Aireen pun dengan bodohnya memberitahu segala rancangan Aiman Adam kepada Iskandar. Dia tidak sedar bahawa Iskandar hanya menggunakan Aireen untuk mendapatkan info tentang Imperial.

'Maafkan saya,Aireen,' bisik hati Iskandar.

                                                        =~=~=~=~=~=~=~=~=~

Keesokan harinya,Aireen rasa tidak selamat ke tempat kerja. Dia melihat kelilingnya bimbang kalau-kalau dia diekori Aiman Adam. Aireen terhinjit-hinjit ke arah lif dan sorok di belakang pokok. Aireen terkejut apabila ditegur Affisy daripada belakang.

Affisy mengajak Aireen menaiki lif tetapi muatan sudah mencukupi. Dia terpaksa tunggu di luar dan membiarkan Affisy pergi dahulu dengan alasan dia mahu membeli air. Aiman Adam datang ke arah lif peribadinya dan melihat Aireen berseorangan di situ.

Aiman Adam yang sedang membawa kopi di tangannya menarik Aireen ke dalam lif. Aireen terpaksa masuk juga. Aireen geram lalu memukul tangan majikannya. Kopi yang berada di tangan Aiman Adam membasahi panel kawalan lif itu. Lif itu terhenti.

"Oh sh*t! Aireen... Lif ini tidak pernah rosak sekali pun setelah 2 keturunan menggunanya. Tapi awak baru pertama kali sudah jadi... urgh," pintu lif pun terbuka dengan automatik.

Mereka keluar di marketing department iaitu bahagian yang dikendalikan oleh Khaazs. Aireen menunduk malu. Aiman Adam mula memberi amaran kepada Aireen sementara dia masih ingat tentang itu.

"Saya nak awak jauhkan diri daripada Iskandar," kata Aiman Adam dengan tegas.

                                                        =~=~=~=~=~=~=~=~=~

Dalam masa yang sama...

"Secara kesuluruhannya,syarikat Imperial akan terpaksa membayar pampasan dan kehilangan 10% aset mereka dengan pelaksanaan projek ini. Ini akan memberikan kita peluang untuk mengendalikan projek-projek besar di negara-negara luar sementara kontroversi itu. Secara tidak langsung,saham syarikat Monaki akan menaik sehingga 20%!"

Iskandar sedang membentangkan rancangannya di hadapan lembaga pengarah syarikatnya. Dia begitu bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan pesaingnya. Semua pengarah di situ menepuk tangan dan bangga akan anak pewaris syarikat ini.

Iskandar berlalu pergi dan tersenyum dengan senyuman sinis apabila terbayangkan reaksi Aiman Adam apabila dia mengetahui bahawa dia tidaklah sehebat mana. 

                                                          =~=~=~=~=~=~=~=~=~

Aiman Adam keluar daripada pejabatnya dan ke meja Aireen. "Aireen,boleh tak awak tolong temankan saya pergi dinner event malam ni? Saya tak nak ibu saya bagi saya perempuan yang saya tak kenal," 

"Selagi awak tak berikan alasan kenapa saya perlu menjauhkan diri dari Iskandar,selagi itu saya takkan pergi," Aireen mengerutkan dahinya.

"Kalau awak pergi,saya bayar awak triple," kata Aiman Adam sambil tersenyum dengan bangganya. "Tapi takpe kalau awak tak na--"

"Saya pergi!"

                                                         =~=~=~=~=~=~=~=~=~

Malam itu...

Mulut Aiman Adam terbuka luas apabila melihat Aireen mengenakan pakaian yang dibelinya. Dia membuka pintu limosina Rolls Royce kepada Aireen. Aireen dengan terujanya melangkah masuk kereta orang berada itu.

Ketika di dalam kereta,Aireen bersuara dengan nada yang menyampah. "Kenapa orang kaya ni suka datang event yang macam ni,eh? Setakat dinner biasa je,"

"Haih,Aireen sayang. Itu namanya socialising. Orang biasa macam awak ni selalu sombong dan ambil remeh tentang perkara ini. Ia amat penting untuk menguatkan lagi bisnes seseorang," kata Aiman Adam.

"Kami tak pernah ambil reme-!" percakapan Aireen dipotong.

"Awak kenal jiran-jiran yang tinggal di sekitar kondominium awak? Awak pernah datang aktiviti kemasyarakatan di sana? Tidak kan. Benda ini amat penting untuk mencari orang yang awak boleh percaya," Aireen tidak faham apa yang dimaksudkan oleh majikannya.

"Haih... macam ni lah. Awak rapat dengan seorang makcik dalam kejiranan awak dan anak dia kerja sebagai orang bank. Bila awak nak ambil loan,awak dah ada orang yang awak boleh percaya. Nampak tak?" Aireen mengangguk-angguk.

"Sebernanya orang kaya ni rendah diri dan sangat ambil kisah tentang hubungan mereka. Kalau tidak,kami tak sampai hingga ke tahap ini. Orang-orang macam awak ni selalu pandang serong terhadap kami dan fikir awak ni lebih hebat. Saya bukan nak berlagak tapi orang berilmu ni selalu rendah diri dan berusaha untuk belajar benda baharu untuk meluaskan pengetahuan mereka. Awak tak nampak apa yang terjadi behind the scenes atas kejayaan kami," 

Aireen tidak mampu berkata apa-apa. Dia telah tewas. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Aiman Adam.

                                                        =~=~=~=~=~=~=~=~=~

Aireeen bersebelahan dengan Aiman Adam ketika bersalaman dengan tetamu yang lain. Majlis itu begitu elegan dan hanya orang berprestij sahaja yang ada di situ. Di sana,terdapat kolam yang membuatkan suasana menyelesakan.

Aireen disapa oleh seseorang daripada belakang. Aireen melihat wajah seorang wanita yang amat dia kenali,Irdina,sahabat karibnya. Irdina bukanlah seorang usahawan tetapi dia sudah berkahwin dan dia hadir acara-acara sebegini.

"Aireen,lama kita tak jumpa. Aku rindu kau sangat," kata Irdina sambil menyalam tangan Aireen. 

Aireen rasa pelik dengan sikap profesional Irdina. Mungkin setelah dia berkahwin dengan orang kaya,dia telah diajar etika yang membuatkannya kelihatan seperti inilah tempat yang dia patut berada.

"Em,kau dengan Adam... nghh emmm?" kata Irdina sambil melihat antara mereka berdua.

Sebelum Aireen sempat berkata apa-apa,Aiman Adam sudah mengangguk-angguk tanda mengiakan kata Irdina. Aireen tidak boleh buat apa-apa. Sesuatu menarik perhatiannya daripada jauh. Aireen tiba-tiba pergi daripada Aiman Adam dan mendekati seorang lelaki.

Ekspresi Aiman Adam bertukar. Lelaki itu mendekati Aiman Adam dengan senyuman manis. Dengan nada yang mengancam,Aiman Adam menegurnya, "Iskandar,"

"Aiman Adam," balas Iskandar dengan senyuman sinis.

Comments

Post a Comment

Popular Posts