Comel & Tampan (bab 6)

"Ihik ihik! Aireen baru cakap dengan aku. Aku pun ajak dia keluar tadi. Kihkihkih...," Iskandar ketawa berseorangan sambil menghentak-hentak kakinya di atas katil.

Mereka berdua tidak tahu mereka telah suka antara satu sama lain ketika di universiti. Kedua-duanya malu untuk bertegur. Takdir telah menemukan mereka kembali. Senang kata jodoh tak ke mana.

Iskandar teruja untuk memberitahu tentang kejadian tadi kepada rakannya. Dia mencapai telefonnya dan melihat satu notifikasi daripada aplikasi Shareit. Dia pun membuka notifikasi tersebut.

"Eh,apa ni?"

VIRALL!!! Identiti gadis misteri yang menaiki kenderaan Aiman Adam diketahui. Lihat gambar-gambar di bawah. Korang rasa siapa perempuan ni?

                                                         =~=~=~=~=~=~=~=~=~=~

Aiman Adam di rumahnya sedang menyiapkan pelan rancangan projek di Johor Bahru. Dia cuba untuk memfokuskan dirinya. Namun,dia tidak mendapat mood untuk bekerja. Ilham dan idea tidak muncul-muncul dalam mindanya.

Aiman Adam membuka telefonnya. Dia bercadang untuk berbincang dengan Khaazs tentang idea untuk projek itu. Namun,ketika dia membuka senarai kenalannya terpapar nama Aireen di situ. Aiman Adam menutup laptopnya dan cuba untuk mesej Aireen.

Dia memanggil butler yang menguruskan rumahnya. Butler itu sudah berusia dan dianggap seperti rakan oleh Aiman Adam. 

"Acik,macam mana saya nak mulakan mesej dengan Aireen?" kata Aiman Adam sambil meratap skrinnya,buntu apa yang harus diperkatakan.

Butler itu agak terkejut tetapi gembira kerana budak jagaannya ini tidak pernah ada hubungan dengan gadis lain. "Mungkin encik boleh bertanya khabar?" suaranya lembut sahaja.

"Takpelah,acik dah tua. Acik bukan tahu pun pasal benda ni. Saya tanya pasal kerja je lah," dengan relaksnya Aiman Adam melepaskan kata-kata itu. 

Butler itu hanya tersenyum mendengar setelah 'pujian' tersebut. Dia sudah biasa dengan perangai Aiman Adam.

Aireen membalas mesej majikannya. Aiman Adam berasa gembira lalu mengangkat telefonnya dan menunjukkannya kepada butler itu.

"Haha... Tengok ni! Dia jawab mesej saya. Hmm... nak cakap apa lagi eh?" Aiman Adam menyandarkan badannya pada kerusi tersebut. 

Ketika dia sedang rancak menaip,satu idea muncul di dalam mindanya. Dia lekas membuka laptopnya semula dan mula bekerja.

                                                        =~=~=~=~=~=~=~=~=~=~
Typing...


-

Aireen menunggu. "Hmm? Tiba-tiba je senyap. Aku nak tidur tapi takut dia mesej pulak,"

Aireen menunggu. 2 minit... 5 minit... 10 minit kemudian...


"Hmph! Takde apa-apa pun lebih baik aku tidur!"

1 mesej baharu


"Eh,ada mesej baharu. Okay,okay,okay. Hantar!" Aireen membalas semula mesej majikannya.

Typing...

-

Aireen menunggu lagi. Tetap tiada respon. "What the fu-?!"

                                                            =~=~=~=~=~=~=~=~=~

Lelaki yang pernah Aireen jumpa semasa dia sesat sedang berdiri di tepian jalan. Satu kereta datang mendekatinya. Di dalamnya terdapat sekumpulan lelaki berbaju hitam. Salah seorang daripada mereka menegur lelaki itu.

"Rayyan,you know you can't keep running. The more you try,the more you'll get hurt. Please consider this," kata salah seorang daripada mereka.

"You reap what you sow. I can't bear the consequences. Just stop!" Rayyan hilang sabar dengan mereka.

"So,you choose the harsh way. I once saw you walking with this girl. I wonder what can I do with her," lelaki itu memeras ugut Rayyan.

Gambarnya berjalan dengan Aireen terpapar di skrin telefon lelaki itu. Rayyan rasa terancam. Dia tidak berkata apa-apa dan meneruskan perjalanannya melalui kedai-kedai yang telah tutup. Kemudian,kereta itu pun berlalu pergi.

Rayyan mencapai telefonnya dan mendial nombor Aiman Adam. 

"Tolong jawab,tolong jawab!" Rayyan menggigil ketakutan.

"Hello?" suara Aiman Adam kedengaran di hujung talian.

"Aiman. N-ni abang. T-tolong jaga Aireen baik-baik. 'Diorang' tengah k-kejar abang. A-abang minta maaf," Rayyan,iaitu abang kandung kepada Aiman Adam,mematikan talian.

Aiman Adam yang mengetahui 'diorang' yang dimaksudkan oleh abangnya segera mengambil tindakan. Dia akan menggunakan segala kuasa yang dia ada untuk menumpaskan mereka yang cuba untuk menyakiti Aireen dan abangnya. Dia tahu betapa berkuasanya orang yang dimaksudkan oleh abangnya.

                                                        =~=~=~=~=~=~=~=~=~

Pagi-pagi lagi Aireen sudah bersiap-siap untuk keluar bersama dengan Iskandar. Proses memilih baju memakan masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan. Setelah tiba waktunya,Aireen keluar daripada rumahnya.

Di hadapan rumahnya,Iskandar berpakaian baju putih lengan panjang bersama skarf. Dia menyambut Aireen dengan senyuman manisnya. Ia boleh mencairkan hati mana-mana perempuan yang melihatnya.

Mereka ke taman keriangan.

Inilah kali pertama dia dapat melancong di sekitar daerahnya. Selama ini dia hanya bekerja sahaja. Tiada masa untuk mempelajari selok-belok tempat ini.

 Tiba-tiba dia teringatkan Aiman Adam. Terasa rindu kepadanya. Namun,orang yang dia sukai ialah Iskandar bukan majikannya. Dia tidak boleh sukakan Aiman Adam. Iskandar merupakan crush pertamanya. Dia tidak boleh khianati perasaan sukanya.

Mereka menaiki carousel pada mulanya. Ianya sangat menggembirakan kerana Aireen tidak pernah menaikinya sebelum ini. Menaikinya memberikan perasaan seperti dalam era-era Inggeris dan seperti dibuai dalam mimpi.

Setelah masuk ke dalam rumah hantu dan berikutnya,inilah masanya mereka menaiki roller coaster. Mereka tidak tahu bahawa Aiman Adam telah melihat semua pergerakan mereka sambil membuat kerja. Membosankan,bukan? Siapa sahaja yang buat kerja di taman keriangan. Dia juga mahu pengalaman menaiki roller coaster. Dia tekad untuk mencuba.

Saat dia berjalan,ramai orang sekeliling melihatnya. Bukan kerana mereka tahu dia ialah seorang usahawan tetapi kerana gaya pemakaiannya. Hoodie,kaca mata hitam dan topeng mulut. Personaliti itu membuatkan orang sekeliling berasa sangsi.

Di dalam roller coaster,Aiman Adam duduk di tempat duduk belakang Aireen dan Iskandar. Hmm,mereka kelihatan mesra. Tetapi tidak semesra itu. Mungkin kalau aku- AAAAAAA!!!! Roller coaster itu mula bergerak.

Setelah tamat,Aiman Adam berlari menuju ke tandas. Dia memuntahkan segala isi perutnya. Maklumlah,ini kali pertama dia melalui pengalaman ini. Aiman Adam keluar daripada tandas dan bercadang untuk pergi dari situ.

"Apa yang aku buat ni?" dia mula berlalu pergi. Tidak sampai 5 meter dia berjalan, "A little bit more won't hurt,right?" dia berpatah balik.

    


Comments

Popular Posts